Mukadimah Pengarah Urusan ITTSB


Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Imtiyaz bersal dari perkataan Arab yang bermaksud kecemerlangan. Mengambil semangat untuk mempersembahkan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti, Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd terus bangkit untuk berperanan aktif di dalam industri pelancongan bagi menyediakan perkhidmatan dalam bidang Pelancongan Domestik (inbound), Pelancongan Luar Negara (outbound) dan Tiket Penerbangan. Semenjak ia ditubuhkan, Perkhidmatan dan operasi Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd bergerak di atas paksi yang sama iaitu berhasrat menyediakan platform untuk pelanggan kami mengembara dengan SELAMAT, SELESA, SYUKUR dan menepati tujuan mereka mengembara.

Selaras dengan itu kami melancarkan satu tema iaitu " Kami Uruskan Anda Ke Sana " agar semua pelanggan kami tidak merasa gusar tentang hasrat mereka untuk kemana-mana destinasi seantero dunia. Dengan kemudahan sistem tempahan tiket penerbangan sendiri di ibu pejabat kami, sudah tentu ia lebih memudahkan urusan kami menyempurnakan kehendak pelanggan kami.

Umrah dan destinasi ke tanah Suci Mekah & Madinah serta lawatan ke negara-negara Timur Tengah adalah kepakaran kami. Dengan pengalaman melebihi sepuluh tahun serta pengalaman Pengarah Urusan sendiri yang pernah menyambung pelajaran di Kaherah, Mesir selama sembilan tahun. Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd adalah ejen rasmi yang berdaftar di bawah Kementerian Wakaf dan Haji Arab Saudi dengan termeterai perjanjian dengan Muassasah Mazaya di Arab Saudi bagi mengendalikan visa jemaah umrah Malaysia mengerjakan umrah.

Imtiyaz Travel & Tours adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi pengendali aktiviti pelancongan dan pengembaraan anda sama ada bersifat persendirian atau berkumpulan kerana kami mampu dan pakar dalam industri ini sama ada pelancongan Ibadah untuk Umrah mahupun pelancongan biasa dalam dan luar Negara.
Sekian,
AHMAD BUKHORI BIN GHAZALI
PENGARAH URUSAN IMTIYAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD

Copyright © Imtiyaz Tour & Travel