Sebagai sebuah Agensi Pelancongan yang terkemuka dan menjadi pusat pembelajaran yang utama kepada pegawai-pegawai jualan, Imtiyaz Travel & Tours kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi Agensi Pelancongan yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga Imtiyaz Travel & Tours bersatu hati mengikut tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Imtiyaz berusaha untuk menjadi agensi pelancongan bertaraf antarabangsa dan menjadi pilihan utama. Walau di mana kami beroperasi. Imtiyaz dapat mencapai matlamat tersebut dengan menyediakan produk yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan.
Imtiyaz perlu menyumbang secara positif kepada persekitaran global dengan menjadi duta kepada permintaan sosial dan pendorong kepada penyempurnaan kendiri.
Imtiyaz amat bersungguh-sungguh untuk memenuhi kepuasan hati pelanggan melalui kesedaran terhadap kehendak pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang profesional dan beretika serta produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Imtiyaz mengiktiraf bahawa kakitangan kami mempunyai komitmen yang tinggi dan kebolehan dalam fungsi asas masing-masing dalam proses memastikan kepuasan pelanggan terjamin. Justeru itu Imtiyaz akan sentiasa membangunkan kredibiliti dan keupayaan kaitangan serta mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih kondusif kepada mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.